Wednesday, August 22, 2012

Udang Barbeku Thai Special




BAHAN-BAHAN :
  • 3 sudu besar jus lemon segar
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar krim mustard
  • 3 ulas bawang putih - dicincang
  • 1 sudu besar gula perang
  • 2 sudu kecil serbuk kari ayam BABAS
  • 500 gm udang sederhana besar
  • sos barbeku secukupnya
  • 1 biji limau nipis untuk hiasan

 

CARA MENYEDIAKAN :

  1. Dalam bekas tupperware bersaiz sederhana, masukkan jus lemon, kicap manis,bawang putih, gula perang dan serbuk kari – gaulkan dengan sebati.
  2. Masukkan udang, dan gaulkan lagi sehingga sebati.
  3. Tutupkan tupperware,masukkan tupperware bersama bahan perapan selama 1 jam. 
  4. Panaskan grill barbeku dan lumurkan sedikit minyak pada grill tersebut. 
  5. Keluarkan udang yang diperap bersama bahan tadi dan cucuk pada lidi sate.
  6. Bakar sehingga udang masak.
  7. Tuangkan sos barbeku ke atas udang yang telah masak tadi dan hidangkan bersama perahan limau nipis.
  8. Sedia untuk dihidang.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...