Sunday, August 26, 2012

Protein : Apakah Fungsinya??




Sudah pasti saban hari pasti ramai yang mahu menurunkan berat badan mereka. Ternyata ramai yang kecundang ditengah jalan. Baru beberapa hari berdiet, mereka kembali semula kepada tabiat pemakanan yang asal dengan mengambil makanan yang tidak seimbang.

Wanita Lebih Sukar Menurunkan Berat Badan

Menurut kajian Journal Psychasamatic Medician, golongan wanita lebih sukar menurunkan berat badan mereka berbanding lelaki. Ini disebabkan lebih dari 24.5% daripada wanita menjadi gemuk akibat stress. Kegagalan menangani stress menyebabkan mereka cenderung untuk makan makanan kegemaran mereka.


Untuk mengelakkan situasi ini, golongan wanita disarankan mengambil protein soya dalam pengambilan diet harian mereka. Sebahagian besar protein soya adalah tidak tepu dan mengandungi asid lemak perlu yang tinggi. Ia adalah lebih baik daripada protein yang kita perolehi daripada protein yang terdapat pada haiwan.

Kelebihan Mengambil Protein

Selain dapat menurunkan berat badan dengan memberikan rasa kenyang yang berpanjangan kepada kita, protein soya juga sebenarnya mampu melicinkan kulit anda. Ini kerana, protein soya terbukti mampu untuk mempercepatkan penyembuhan luka dan parut, serta mempercepatkan proses penggantian sel-sel kulit yang mati.

Jadi, mulalah mengambil protein soya pada hari ini juga. Ternyata, banyak khasiat yang terkandung di dalamnya untuk tubuh badan kita.








Protein adalah bahan asas bagi pembentukan badan kita. Setiap aktiviti tubuh badan kita dijalankan oleh protein, tanpa protin badan kita seumpanya runtuh seperti runtuhnya keluli pada bangunan tinggi.

Protein mengandungi unsur Karbon (C) , Hidrogen (H), Oksigen (O), dan Nitrogen (N). Unit asas protein ialah Asid Amino. Terdapat lebih 20 jenis Asid Amino penting yang diperlukan dalam sintesis protein.

Asid Amino terdiri dari dua jenis: iaitu asid amino perlu dan asid amino tidak perlu. Asid amino perlu tidak dapat disintesis oleh badan manusia, dan ia diperolehi dari makanan. 

Terdapat 9 asid amino perlu:

1. Histidina
2. Isoleusina
3. Leusina
4. Lisina
5. Valina
6. Metionina
7. Fenilalanina
8. Treonina
9. Triptofan

Manakala Asid amino tidak perlu pula terdiri dari:

1. Alanina
2. Arginina
3. Aspargina
4. Asid Aspartik
5. Aisteina
6. Asid Glutami
7. Glutamine
8. Glisina
9. Prolina
10. Serina
11. Tirosina

FUNGSI PROTEIN: Triptofan adalah pelopor kepada vitamin niasin, ia juga pelopor kepada neurotransmitter serotonin. Tirosina pula pelopor pembentukan pigmen kulit dan rambut. Protein terlibat dalam fungsi komunikasi sel-sel seperti dalam transduksi sel-sel, fungsi enzim-enzim, Banyak lagi fungsi setiap asid amino yang begitu kompleks dan sukar difahami oleh manusia.

Protein juga terlibat dalam fungsi KEIMUNAN badan manusia. Protein akan bergabung dengan molekul Antibodi bagi membawa toksin keluar dari badan. Protein juga membekalkan tenaga sebanyak 10% daripada proses glukoneogenesis (pemecahan lemak kepada gula). Protein juga adalah sebahagian dari hormon. Hormon mengawalatur fungsi tubuh badan kita.

Sumber Protein: Sumber utama protin adalah daripada daging haiwan, susu lembu, telur, kekacang, tofu, tempe, soya dan lain-lain protein.


Tahukah kita, bahawa pengambilan protein dapat memberikan banyak manfaat seperti:


  • Keseimbangan tubuh badan.
  • Menyihatkan kulit dan rambut.
  • Meningkatkan tenaga bagi menjalani kehidupan harian.
Faedah #1 – Keseimbangan Tubuh Badan

Menurut majalah Amagram, protein dapat membantu mengawal atur tahap bahan tertentu seperti air. Dalam masa yang sama, proten juga membantu membawa masuk, dan membawa keluar bahan-bahan seperti:
  • Kalium.
  • Elektrolit.
  • Kalium.
Faedah #2 – Menyihatkan Kulit dan Rambut

Apabila tubuh badan kita kurang pengambilan protein, maka ia akan menimbulkan kesan pada kulit dan rambut. Seperti kulit berkedut, dan rambut rosak, atau setiap helaian rambut kelihatan lemah.

Mengikut kajian, 90% daripada tisu rambut dan kulit kita adalah protein. Jadi, ini menjelaskan betapa pentingnya pengambilan protein, bagi menyihatkan kulit dan rambut kita.
Faedah #3 – Meningkatkan Tenaga Bagi Menjalani Kehidupan Harian

Protein merupakan enzim yang bertanggungjawab, bagi menukarkan makanan menjadi tenaga. Oleh itu, jumlah tenaga kita boleh dikatakan bergantung pada pengambilan protein yang diambil dalam kehidupan seharian.
Nota: ALPHA LIPID adalah makanan berprotin tinggi dari kolostrum lembu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...