Sunday, August 26, 2012

3 Alasan Manusia yang Tidak Mahu Mengubah Hidupnya


Manusia yang berjaya, kaya dan luar biasa adalah manusia yang mempunyai kekuatan untuk mengubah hidupnya. Pakar motivasi dan penulis buku Awaken The Giant Within, Anthony Robbins menyatakan kehidupan manusia bergantung kepada bagaimana mereka bertindak setiap hari.

Mengubah Kehidupan - Kredit-sweetcaroline
Tambah beliau, manusia yang hebat lahir daripada manusia yang mempunyai matlamat diri. Namun begitu, kajian-kajian psikologi mendapati majoriti penduduk di muka bumi ini memberikan 1,001 alasan untuk tidak mempunyai matlamat yang dapat mengubah hidup mereka.
Antara tiga alasan yang popular digunakan oleh golongan-golongan yang negatif adalah:
  1. Saya tidak perlu kaya.
  2. Saya sudah mempunyai pekerjaan.
  3. Saya sudah hidup selesa.

#1 – Saya Tidak Perlu Kaya

Perkataan kaya adalah subjektif. Ia boleh dinilai menerusi aspek harta, kerja sosial dan pelbagai lagi. Manusia yang kaya adalah manusia yang mempunyai kemampuan, untuk membantu orang lain.
Menjadi Kaya dan Berjaya - Kredit-Gnerk
Sebagai contoh, apabila kita memiliki kekayaan dari segi harta benda seperti nilai wang yang banyak, kita berpeluang untuk melakukan derma dan sedekah dengan lebih banyak. Khususnya untuk badan-badan kebajikan seperti rumah anak yatim, warga emas dan sebagainya.
Terma kaya ini ibarat satu kemestian dalam Islam. Penganutnya diwajibkan untuk kaya dari segi ilmu, keperibadian dan tidak terkecuali harta di dunia. Kerana fokusnya adalah untuk membantu orang yang memerlukan.

#2 – Saya Sudah Mempunyai Pekerjaan

Pada zaman ini, setiap kos meningkat kepada tahap yang menakutkan. Jika sebelum ini kita membeli nasi lemak dengan harga 50 sen sebungkus, hari ini tidak lagi. Harga minimum untuk nasi lemak diletakkan sekurang-kurangnya RM1.30 untuk sebungkus.
Lebih memeritkan lagi, gaji pekerja khususnya pekerja dari syarikat swasta tidak mempunyai kenaikan. Hal ini menyebabkan pekerja-pekerja berasa tertekan untuk menanggung kos hidup yang tinggi.
Dalam masa sama, ekonomi diri sendiri tidak akan berubah dan akan terus berada dalam tahap bahaya apabila kita hanya bergantung pada 1 pekerjaan sahaja.
Lihat bagaimana bangsa lain seperti Cina melakukan 2 hingga 3 pekerjaan, khususnya perniagaan sekaligus. Mereka percaya perniagaan adalah medium yang dapat memberikan pendapatan lumayan meskipun keadaan ekonomi dunia terus menekan.

#3 – Saya Sudah Hidup Selesa

Istilah hidup selesa ini ibarat membunuh diri secara halus. Orang yang mempunyai kehidupan yang selesa sering dikaitkan dengan mereka yang bersikap malas, dan tidak mahu mengambil sebarang tindakan untuk mengubah suai diri menjadi lebih baik.
Hidup Dalam Zon Selesa - Kredit-kentishmayde
Situasi ini banyak berlaku dalam diri bangsa Melayu di negara ini. Majoriti kita lebih gemar mengutuk sesuatu berbanding memperbaikinya. Kita juga lebih gemar untuk mencaci rakan sekeliling yang menjalankan perniagaan, berbanding menyokong mereka atau turut serta dalam membangunkan perniagaan.
Kesimpulannya, mengubah hidup tidak bermakna kita hidup dengan bermatlamatkan wang semata-mata. Tetapi ia dinilai berdasarkan kemampuan kita untuk turut mengubah kehidupan masyarakat sekeliling menjadi lebih baik.
Sebagai contoh, dengan adanya wang yang banyak hasil daripada perniagaan, kita boleh gunakan untuk memberikan kepada ibu bapa. Walaupun wang bukan medium utama kebahagiaan mereka, tetapi ia adalah salah satu medium penting.
Kerana wang adalah alat pertukaran bagi membeli atau membayar produk.

Sertai Kami Mengubah Kehidupan Luar Biasa Hari Ini

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...