lampu oren berpusing-pusing,
diletak pula di atas bumbung,
pagi raya sungguh hening,
jangan lupa utuk kunjung mengunjung..
semasa berkonvoi semua kereta sebaris,
nampak cantik dari jauh dan sangat menarik,
senyuman di aidilfitri mestilah sentiasa manis,
moga bila berjumpa musuh akan terus jadi baik..
tinted gelap x nampak dalam,
kena saman padanlah muka,
salah silap usahlah dipendam,
mohon maaf dengan hati terbuka..
selamat hari raya aidilfitri,
minta maaf dari zahir dan batin,
tulus ikhlas dari sanubari,
kat korg semua yang sentiasa dihati..
Setulus Ikhlas,
mamakhalisshoppe
No comments:
Post a Comment