Monday, August 27, 2012

Minyak Zaitun Membantu Masalah Obesiti


Kongsi sedikit cerita minyak zaitun membantu masalah obesiti. Bagaimana ye???Minyak zaitun boleh menentang obesiti??? Terutamanya bagi pengamal diet SD2, pasti ada yang tertanya-tanya apa kebaikan minyak zaitun dalam program penurunan berat badan. Sedangkan semua orang tahu minyak selalunya tidak baik untuk kesihatan kerana lemak yang terkandung didalamnya. Namun, minyak zaitun amat berbeza.
Buah Zaitun

Bagaimana Minyak Zaitun Membantu Masalah Obesiti?
Dalam Program Diet SD2, anda dinasihatkan mengambil satu sudu minyak zaitun dalam setiap kali pengambilan SD2 empat kali sehari. Persoalannya, mengapa???
Untuk pengetahuan semua, minyak zaitun mengandungi 0 gm Karbohidrat, 9 kkal/gm Kalori, Vitamin E, Vitamin A, Vitamin K, Omega 3 dan Omega 6. Sejarah telah membuktikan selain dari segi penjagaan kesihatan yang baik, masyarakat Mediterenian (Sepanyol dan Yunani) yang kaya dengan hasil minyak zaitun mengalami masalah obesiti dan kegemukan yang sangat kecil. Pengamalan secara berterusan boleh menurunkan berat badan sebanyak 8kg dalam masa 3 bulan.
Kandungan nutrien dalam minyak zaitun berupaya memberi rasa kenyang yang lama. Minyak zaitun akan memerintah otak untuk mengeluarkan hormon leptin lebih banyak. Hormon leptin lawannya ialah hormon ghrelin. Leptin adalah hormon yang bertugas sebagai pemberi rasa kenyang manakala ghrelin adalah hormon yang memberi rasa lapar. Dengan itu pengambilan minyak zaitun bersama SD2 sebelum makan akan mengawal kita mengambil makanan yang berlebihan.

Minyak zaitun membantu masalah obesiti dengan membakar 3 kali lebih cepat berbanding lemak tak baik.Selain dari itu, minyak zaitun juga berfungsi meningkatkan kadar metabolisme tubuh. Pengambilan minyak zaitun mampu meningkatkan 60% kadar metabolisme berbanding mereka yang tidak mengambilnya dan membantu penghadaman yang lebih lancar. Dengan itu pengambilan minyak zaitun membantu masalah obesiti dengan lebih cepat. Jadi apa tunggu lagi. Segera dapatkan minyak zaitun yang berkualiti untuk membantu penurunan yang lebih pantas.

Namun minyak zaitun ada berbagai jenis. Nak pilih yang mana?

Jenis Minyak Zaitun.
Minyak Zaitun Membantu Masalah Obesiti

Terdapat pelbagai pilihan minyak zaitun di pasaran. Pastikan pilih yang tertulis 'extra virgin' atau 'virgin' kerana
ia adalah yang terbaik untuk kesihatan.Ia juga mengandung polypenol yang tinggi iaitu anti-oksidan yang tinggi untuk kesihatan jantung. Hem.....banyak lagi khasiat buah zaitun ni. Cuma disini miera kongsikan yang berkaitan untuk membantu masalah obesiti sahaja.Semoga berjaya. Yang pasti minyak zaitun membantu masalah obesiti.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...