Thursday, August 23, 2012

Ketam Goreng Telur Masin

ketamgorengtelurmasin

BAHAN-BAHAN :
  • 3 ekor ketam bunga bersaiz besar
  • 5 biji kuning telur masin
  • 6 biji cili padi - dihiris halus
  • 2 tangkai daun kari
  • 2 sudu besar mentega
  • 3 sudu besar susu cair
  • bahan perasa
  • sedikit lada sulah
  • Minyak untuk menggoreng


CARA MENYEDIAKAN :
  1. Masukkan telur masin dalam periuk dan rebuskan sehingga masak.
  2. Lecek isi telur masin yang telah di rebus tadi dan ketepikan.
  3. Ketam dipotong empat bahagian, lalu dibersihkan.
  4. Kemudian, gaulkan ketam bersama tepung jagung.
  5. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng hingga ketam menjadi keperangan. Angkat dan toskan.
  6. Panaskan kembali minyak dan masukkan mentega, cili padi & daun kari dan tumiskan hingga wangi.
  7. Masukkan pula telur masin yang dah dilecek kedalam kuali. Gaul hingga sebati.
  8. Perasakan dengan bahan perasa serta susu cair.
  9. Akhir sekali,masukkan ketam yang telah digoreng tadi dan kacau sebati..
  10. Siap untuk dihidang..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...