Monday, August 27, 2012

KETONES STRIP


Bagaimana ‘ Ketone Strips’ boleh membantuAnda semasa diet?Tak yakin dengan penurunan berat badan?

UJI KEHADIRAN KARBO DENGAN KETON STRIP


miera banyak juga mendapat soalan-soalan daripada pengguna slim diet 2 yang mengatakan mereka tak dapat turunkan berat walaupun dan tak ambil karbohidrat… Betul ke tak ambil karbo tu????????


Pasal ada juga pengguna yang cakap tak ambil karbo lansung.. tapi bila miera suruh dia list down apa yang dia makan.. alahaiiii!!! ada pun karbo tersembunyi dalam makanan mereka yang mereka tak perasan.. sebagai contoh, cili sos, tomato sos, yong tau foo..


Jadi untuk pastikan apa yang kita makan tu slim diet 2 boleh bantu membakar lemak-lemak lama, kita boleh gunakan keton strip ini…Bagi mengenal pasti sebab mengapa berat badan tidak dapat turun, perkara terbaik adalah melalui ujian ketostix.


Disini saya lampirkan panduan penggunaan ketostix;

KETO STICKS
Slim Diet II adalah satu program/pelan diet yang berasaskan kepada Ketosis iaitu proses semulajadi pembakaran lemak kepada tenaga. Oleh itu, tahap pembakaran lemak kepada protein boleh diukur dengan menggunakan Keto Sticks (contoh seperti dalam gambar di atas). Apabila anda mengurangkan pengambilan karbohidrat (gula dan kanji) badan anda secara semulajadi akan mula menghancurkan lemak untuk mendapatkan tenaga. Jumlah karbohidrat yang mencetuskan penghancuran lemak disebut sebagai Tahap Karbohidrat Kritikal atau ringkasnya CCL. Apabila lemak hancur, ketona dikeluarkan dan proses ini dipanggil Ketosis.

Ketona diukur menggunakan kertas jalur ujian air kencing atau KETO STICKS (lihat gambar diatas). Dapatkan Keto Sticks ini dari kami pada harga hanya RM20. Keadaan kimia ini baik untuk menghancurkan lemak dengan begitu pantas serta juga menghalang kelaparan yang keterlaluan.

Masa terbaik untuk melakukan pemeriksaan adalah pada hari ke-3 hingga hari ke-7 anda mula mengambil SDII.Caranya: lakukan ujian ke atas air kencing anda sebaik-baiknya di awal pagi sebelum makan/minum apa-apa. Celupkan Keto Sticks ke dalam air kencing selama 1 – 2 saat. Pastikan bahagian depan Keto Sticks yang terdapat kertas ujian tercelup ke dalam air kencing sepenuhnya. Bandingkan keputusan ujian dengan jadual keputusan Keto Sticks





Jadual Keputusan Keto Sticks

Jika keputusan (perubahan warna) menunjukkan:(Rujuk Jadual Keputusan Keto Sticks )
Putih (Negative) – Menunjukkan anda bukan di peringkat ketosis iaitu anda masih mengambil terlalu banyak karbohidrat dalam diet harian anda.
Merah sangat muda (Trace) – Anda dalam keadaan ketosis iaitu pembakaran lemak kepada tenaga sedang berlaku. Walaubagaimanapun anda masih belum di tahap yang ideal.
Merah muda (Small) – Ini adalah bacaan ideal di mana anda dalam keadaan ketosis dan corak pengambilan karbohidrat / pemakanan anda adalah betul.
Ungu muda (Moderate) – Anda dalam keadaan ketosis yang agak tinggi. Kemungkinan besar badan anda memerlukan lebih air.


Pengambilan karbohidrat terbatas yang betul akan menukar;
~~> kertas ujian/Strip kepada Merah Jambu = Lemak dibakar
~~> kertas ujian /Strip tiada perubahan = Lemak tidak dibakar (pengambilan karbohidrat berlebihan)



Penurunan berat badan akan CEPAT dan SELAMAT bila bacaan adalah MERAH JAMBU.
Waktu yang paling sesuai untuk membuat ujian adalah seawal waktu pagi.
(p/s: Strip Ketona mengambil masa 60 saat untuk menghasilkan warna)


Jadi, apa tunggu lagi? Bersedialah untuk berjaya menghilangkan berat badan dengan program SD2 hari ini!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...