Monday, September 3, 2012

5 Tips Latihan untuk Buang Selulit


agi kebanyakan wanita, bila dengar saja perkataan selulit, mereka dah tertekan kerana dibelenggu dengan masalah ini. Hampir 80% wanita di dunia mempunyai selulit di bahagian badan mereka seperti bahagian perut, belakang, dan peha. Selulit ini bukan sahaja ‘menyerang’ kaum wanita, malah ia boleh ada pada sesiapa sahaja samada orang itu kurus atau gemuk, lelaki atau wanita. Selulit adalah gumpalan lemak yang terdapat di bawah kulit. Sel sel lemak ini akan menarik tisu-tisu di bawah kulit dan menyebabkan teskstur kulit anda menjadi seperti menggerutu.
Selulit biasanya berlaku pada usia antara 25 hingga 35 tahun dan ia akan menjadi lebih banyak apabila umur semakin meningkat. Selulit boleh dikurangkan dengan pemakanan yang sihat dan aktiviti bersenam. Namun harus diingat, selulit ini bukanlah terlalu mudah untuk dihilangkan, oleh itu anda perlu melakukan aktiviti sihat dan makan makanan yang berkhasiat secara berterusan. Pendek kata, amalkan kehidupan yang sihat , itu lebih penting. Di sini, saya ingin kongsikan 5 jenis latihan yang dapat membantu memerangi selulit.
  1. Berjalan: Berjalan merupakan salah satu jenis latihan kardiovaskular. Ia bukan sahaja membantu membakar kalori, malah membantu membina otot-otot di kaki dan bahagian belakang. Seseorang yang berjalan dengan laju dapat membakar kalori lebih dari 360 kalori dalam masa satu jam. Jika anda cuba untuk jogging dan berjalan secara berselang-seli, ini dapat menambahkan lagi pembakaran kalori.
  2. Membengkokkan lutut: Latihan ini akan melibatkan otot di belakang, peha depan, dan peha belakang. Pastikan otot perut anda terlibat untuk menjaga bahagian belakang anda supaya dalam keadaan lurus. Ini akan membantu menambah kesan dalam memerangi selulit. Sambil anda berdiri, buat satu langkah yang besar ke hadapan dengan kaki kiri anda. Rendahkan badan dan turun sambil membengkokkan lutut anda. Kemudian bawa kaki kiri anda ke tempat permulaan. Ulang langkah ini dengan kaki anda pula dan kembali ke tempat permulaan semula seperti tadi. Untuk meningkatkan daya tahan, anda boleh menggunakan bola dengan menahan di dada sambil memegang dumbbell di kedua-dua belah tangan. Anda perlu ingat, ketika membengkokkan lutut, lutut anda tidak boleh melebihi jari kaki anda. Selain itu anda juga boleh membuat variasi dalam latihan ini. Letakkan kaki anda seperti anda membengkokkan lutut tadi, turunkan badan, dan cuba lompat. Ulang langkah ini, dan tukar ke kaki kanan pula, dan ulang untuk beberapa kali.
  3. Mengangkat kaki semasa meniarap: Semasa anda meniarap, cuba angkat kaki kiri anda setinggi yang boleh. Pada masa ini, lutut dan otot di belakang peha anda anda berkerja keras. Turunkan kaki kiri perlahan-lahan, dan ulangi langkah tersebut menggunakan kaki kanan pula. Ulang untuk beberapa set latihan. Jangan sehingga memaksa diri, buat dengan rileks saja.
  4. Rendahkan badan dan twist! Latihan ini melibatkan otot-otot bahagian belakang, peha, dan perut dalam masa yang sama. Berdiri dan buka kaki anda sejajar dengan lebar bahu anda. Genggam kedua belah tangan dan angkat selari dengan dada anda. Kemudian, rendahkan badan sehingga peha anda selari dengan lantai. Twist atau pusingkan badan anda ke kanan. Kemudian, berbalik ke langkah yang pertama sehingga anda rendahkan badan, pusingkan badan anda ke kiri pula. Buat berulang-ulang kali.
  5. ‘Squat thrusts’: Latihan ini akan meilbatkan otot perut, belakang, peha depan, dan peha belakang anda. Tiga langkah yang terlibat iaitu pertama, berdiri seperti biasa. Kedua, turunkan badan anda seperti keadaan mencangkung dengan kedua-dua belah tangan diletakkan di atas lantai di hadapan kedua belah kaki anda. Dan ketiga, luruskan kaki anda ke belakang seperti posisi untuk push ups. Ulang 3 langkah ini berkali-kali.
Nota tambahan dari Kevin Zahri: teknik-teknik di atas tidaklah akan menghapuskan selulit anda. Objective senaman kardiovaskular dan pemakanan yang baik adalah untuk mengurangkan 1) berat badan dan jumlah lemak badan. Gabungan kedua-dua itu akan membantu reduce appearance dan flatten selulit anda. Jadi ia masih ada tetapi kurang atau tidak kelihatan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...